CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 13 April 2013

BIRTHDAY PRESENT~~~

9 April 2013

Happy birthday too me..=)
Birthday kali ni, special skit sebb aku dpt celebrate with someone..
kebetulan balik dri hometown, aku naik flight dari Penang ke Subang mlm ni..so, aku pn dijempt dekat Subang Internatinal Airport mcm biasa.. mcm biasa la, kalo kuar msti pegi mkn.kali ni dia bawa aku pgi JM Beriani House dkt subang..Jalan memg aku x ingat la sebb ujan renyai2 plak mlm ni...habess la diet aku mkn nasi beriani mlm ni..jhhaha..Rupa rupnya ada sebijik kek dia bawakkk...haddooii..da pesan jgn beli kekkkk...hahahahaha.. makan Nasi beriani, mkn kek..fuhh..cukop lemakkk kami berdua..hhahaha
and yang paling supprice, aku dapat hadiah birthdyy..hihi..
Nak thu apa...Tengok kat bawaahh..hhaha.sape penah dpt hadiah camni???? Thank u very much...=)

Surat chentaaaa...hahhaa

  tadaaaa...hihihi..hadiahhh terbaekk..hihihihi.. suh aku pgi jogging la tu kan..
Kek rasberry chocolate black forest.hahhaa

 JM beriani House..meletop nasik diaa..sedaaaaaappppp..

Thank u very much ya u..=) 

SPAGETTI GORENG


SPAGGETI GORENG..
spagetti ni aku masak untuk lunch time..hihihi..menghabiskan apa yang ada dlm peti sejuk.
Mask je lah apa yang ada..jimat sedap senang n kenyang..=)
Lets cook!!!
Yeayy..LOve it..

Bahan2nye..simple kan..~~

Siap untuk dimakan..aku hidangkan dengan Ayamas Chicken finger..hihihi.Nyumy3..Jom makan

Saturday 23 March 2013

RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE SPECIAL EDITION


Tetiba tekak ni terasa nak makan spaghetti bolognese plak..
Disebabkan weekend and x da apa nak buat kat umah, meh la kita memasak yer.
Bleh makan n mengemas dapur at the same time.
Tinggalkan sumer keje lain dlu..hihi
Jom memasak.JOMJOMJOM

Bahan-bahan
Daging cincang (Ramly-sepeket)
Bawang Holland
Bawang puteh
Lada Puteh (Ditumbuk)
Lada benggala
Tomato (potong dadu)
Carrot (potong dadu)
Sos Prego (saya guna perisa Tradisional)
Gula 
Garam
Minyak



Cara-Cara
 Tumis bawang puteh sehingga naik bau wangi
Kemudian, masukkan bawang Hollang yg telah dipotong dadu.
Masukkan daging cincang yg telah dibasuh dan ditoskan terlebeh dahulu.
Masukkan air, dan biar daging masak.
Masukkan lada puteh dan gaul lagi hingga sebati.
Masukkan lada benggala, tomato,carrot dan biarkan mendidih (biarkan lebih lama untuk melembutkannya)
Masukkan sos Prego dan gaul..tambahkan air sedikit.
Masukkan gula dan garam.
SIAP untuk dihidang..=)


Sos Prego Tradisional

Tadddaaa..Spagheti Bolognese kuuu..


SELAMAT MENCUBA

Sunday 13 January 2013

(✿◠‿◠)

Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya.. ♥

" You don't know Everything , But Allah knows Everythings.. :)


Tersenyumlah jikalau dirimu di uji
Tersenyumlah jikalau dirimu dilukai
Tersenyumlah jikalau dirimu dilupai
Tersenyumlah jikalau dirimu disakiti
Tersenyumlah jikalau dirimu ditindasi
Tersenyumlah jikalau dirimu dibebani
Tersenyumlah jikalau dirimu dikhianati..

That's what i'm doing now...
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)(✿◠‿◠)
(✿◠‿◠)


(◡‿◡✿)

Ya Allah, Jika aku kehilangan sesuatu...
Berikanlah aku keyakinan bahwa takdir-Mu..
Lebih baik dari apa yang aku inginkan..

 

Saturday 12 January 2013

PASRAHLAH WAHAI HATI...

(◠‿◠) Saya pernah SETIA..
Tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah PERCAYA..
Tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MENCINTAI..
Tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MEMILIKI..
Tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah JUJUR..
Tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah BERHARAP..
Tapi harapan itu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

Dinginnya pagi hari, berserta hujan renyai-renyai di luar jendela..
Melihat awan dilangit bergerak perlahan-lahan, dan jg bunyi kereta bergerak2 di muka bumi ini.
Kaki melangkah ke balkoni rumah di tingkat 7 ini, membiarkan diriku dipukul angin pagi..
Terasa diri ini sunyi, kenangan lalu menangkap mindaku untuk terus berpikir dan berpikir.
Diri yang dulunya sering berteman walaupun hanya dengan bayang2, buatkan hatiku senang, tapi tak lagi sekarang..Bersendirian walau ke mana saja, tiada siapa yang peduli...
Ku cuba pasrahkan hati..usah dipikirkan lagi yang telah pergi..
Sedarlah dari lamunanmu wahai diri..
Kembalilah kau bersama semangatmu......




Wednesday 9 January 2013

CinTa


Luahan tak bersuara dari hati kecil ini, dikala semua masih diulit mimpi indah. Setiap butir perkataan yang tertulis diiringi air mata yang entah dari mana munculnya..
Kutaipkan semua ini agar diriku tidak lupa akan perasaan ini.
.........................................................................................................................................
Cinta,
Hadirnya tanpa diduga, entah dari mana ia muncul, kembang dan terus mekar.
Tak pernah ku rancang seperti apa yang terjadi. Indahnya perasaan, tidak dapat diungkap lagi dengan kata-kata. Dari hari kehari, rasa ini makin dalam dan dalam tanpa disedari. Kenangan demi kenangan dicipta bersama. Terasa diri ini sempurna dan lengkap. Pahit manis dikongsi agar semuanya menjadi mudah.

Cinta,
Tak pernah kurasa sebegini, buat pertama kalinya dalam hidup ini. Gerak geri berserta bayang-bayang sentiasa bermasa...Membuatkan diriku sentiasa ditemani tak kira waktu.


Tapi, apa hebatnya cinta jika didasari dengan penipuan.??? Apa hebatnya sayang jika diri sendiri tidak jujur.. Adakah makna disebalik semua ini? Diuji terus oleh-Nya sehingga ku tak mampu terus bertahan lagi. Hakikat perlu diterima yang cinta ini tak lagi indah. Harus ku buang jauh2, harus ku hapuskan rasa dalam hati ini agar tak terasa kesakitannya lagi...

Pabila setiap kali terjaga dari lena, air mata menitis bagaikan hujan renyai. Tak ku undang tapi ia datang dengan sendirinya. Terasa sunyi dan sepi kerana ia tiada lagi disisi. Perasaan ini yang harus ku buang jauh2, agar semangatku kembali seperti selalu. Ku harus kuat, kuat dan kuat. Ku tahu diriku terlalu lemah untuk menempuh semua ini. Memang sukar untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Tapi, mungkin takdir yang membawaku kesini, ke jalan buntu ini. Tak dapat kupikirkan lagi caranya, tak dapat ku kembalikan lagi rasa sayang ini.
Dan akhirnya, ku biarkan ia pergi.....................Moga dirinya sentiasa dalam bimbingan-Nya.

Terima kasih kepada yang sudi menemaniku menempuh hari2 sukar ini..=)
Terima kasih kerana tidak membiarkan ku berseorangan untuk hari2 ini..=) Ku menunggu semangatku baruku kembali dalam jasadku..=)