CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 9 January 2013

CinTa


Luahan tak bersuara dari hati kecil ini, dikala semua masih diulit mimpi indah. Setiap butir perkataan yang tertulis diiringi air mata yang entah dari mana munculnya..
Kutaipkan semua ini agar diriku tidak lupa akan perasaan ini.
.........................................................................................................................................
Cinta,
Hadirnya tanpa diduga, entah dari mana ia muncul, kembang dan terus mekar.
Tak pernah ku rancang seperti apa yang terjadi. Indahnya perasaan, tidak dapat diungkap lagi dengan kata-kata. Dari hari kehari, rasa ini makin dalam dan dalam tanpa disedari. Kenangan demi kenangan dicipta bersama. Terasa diri ini sempurna dan lengkap. Pahit manis dikongsi agar semuanya menjadi mudah.

Cinta,
Tak pernah kurasa sebegini, buat pertama kalinya dalam hidup ini. Gerak geri berserta bayang-bayang sentiasa bermasa...Membuatkan diriku sentiasa ditemani tak kira waktu.


Tapi, apa hebatnya cinta jika didasari dengan penipuan.??? Apa hebatnya sayang jika diri sendiri tidak jujur.. Adakah makna disebalik semua ini? Diuji terus oleh-Nya sehingga ku tak mampu terus bertahan lagi. Hakikat perlu diterima yang cinta ini tak lagi indah. Harus ku buang jauh2, harus ku hapuskan rasa dalam hati ini agar tak terasa kesakitannya lagi...

Pabila setiap kali terjaga dari lena, air mata menitis bagaikan hujan renyai. Tak ku undang tapi ia datang dengan sendirinya. Terasa sunyi dan sepi kerana ia tiada lagi disisi. Perasaan ini yang harus ku buang jauh2, agar semangatku kembali seperti selalu. Ku harus kuat, kuat dan kuat. Ku tahu diriku terlalu lemah untuk menempuh semua ini. Memang sukar untuk melepaskan sesuatu yang kita sayangi. Tapi, mungkin takdir yang membawaku kesini, ke jalan buntu ini. Tak dapat kupikirkan lagi caranya, tak dapat ku kembalikan lagi rasa sayang ini.
Dan akhirnya, ku biarkan ia pergi.....................Moga dirinya sentiasa dalam bimbingan-Nya.

Terima kasih kepada yang sudi menemaniku menempuh hari2 sukar ini..=)
Terima kasih kerana tidak membiarkan ku berseorangan untuk hari2 ini..=) Ku menunggu semangatku baruku kembali dalam jasadku..=)

0 comments:

Post a Comment